Khamis, 25 Oktober 2018

Raja Atiq Mempunyai Kekasih hati Dalam Drama Nur 2



DRAMA bersiri Nur 2 bakal ditayang pada bulan March 2019 dan akan mengekalkan barisan pelakon asal seperti Amyra Rosli,Syafiq Kyle dan Azhan Rani.

Pengarah dan Penerbit drama Nur,Shahrulezad mencari watak baru sebagai Suraya iaitu kekasih kepada Amirul yang dilakokan oleh Raja Atiq

Selain itu , Raja Atiq , 18, merupakan bekas pelajar sekolah tahfiz itu memberitahu dia tidak mahu disebabkan latar belakarnya,bakat lakonannya jadi terhad akibat menolak adegan bersentuhan dengan wanita bukan muhrim.

Raja Atiq turut menyatakan bahawa dia tahu batas-batas yang perlu dijaga. Babak atau adegan bersentuhan yang ingin dijayakan haruslah tidak melampaui norma seorang muslim

"Seandainya diberikan watak sebagai kekasih,rasanya tanpa berpegangan tangan pun,babak romantik boleh direalisasikan menerusi mimik muka,bahasa tubuh dan juga kata-kata."-ujar Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Bin Raja Azman Shah




Baru-baru ini di Johor Bahru Atiq bertemu dengan seorang gadis remaja iaitu Farisha Natasha,Talent Johor yang turut mempunyai bakat dalam bidang lakonan semasa jelajah Drama Sangat yang kelihatan sedang mencari keserasian antara satu sama lain seperti yang dilihat dalam video. Adakah gadis tersebut itu bakal menjadi kekasih amirul dalam Drama Nur 2 ini ?